PEMBERITAHUAN TAWARAN BOT TERPAKAI KETENGAH TAHUN 2018

 

PEMBERITAHUAN TAWARAN BOT TERPAKAI KETENGAH TAHUN 2018

 

NO SEBUTHARGA :  LKTT: KP(A) / 06 / 2018

 

  1. Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat /orang perseorangan yang berminat untuk MEMBELI BOT TERPAKAIyang telah dilupuskan di

           

  1. Senarai aset tersebut adalah seperti berikut:-
 

BIL

 

KETERANGAN ASET

 

TAHUN

 

KEADAAN

ASET

 

HARGA SIMPANAN(RM)

 

LOKASI ASET

1 BOT ATLANTA GRP

(FIBRE TEMPATAN)

JENIS: SEASWIRL

MODEL: 170 OUTBOARD CLOSED BOW

WARNA:PUTIH

(PENGUATKUASA 6)

 

 

2002

 

ROSAK

 

150.00

RUANG PAKIR,

PENGKALAN GAWI,

TASIK KENYIR

 

  1. Bot tersebut boleh dilihat di lokasi yang dinyatakan di atas pada 3 Januari 2019 pada jam 11.00 pagi.

 

  1. Tawaran hendaklah menggunakan borang tawaran yang boleh didapati di Pejabat KETENGAH, Unit Pengurusan Aset, Bahagian Kewangan dan Perakaunan, Bandar Al Muktafi Billah Shah atau di laman web KETENGAH.

 

  1. Semua tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditanda No.Sebutharga dan Perkara dan dimasukkan ke dalam peti Sebutharga di Bahagian Kewangan dan Perakaunan  atau dihantar melalui pos dialamat :-

 

Pengurus Besar

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah

Beg Berkunci No. 3

23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah

Dungun, Terengganu.

No Tel : 09-8231000

(U.P :  Bahagian Kewangan dan Perakaunan)

  1. KETENGAH adalah tidak terikat menerima mana-mana sebutharga yang diterima.

 

  1. Syarat-syarat jualan adalah sebagaimana berikut:

 

  1. Bot tersebut akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.

 

  1. Penyebut harga dikehendaki membayar Wang Amanah (Deposit) sebanyak 5% daripada harga tawaranyang dibuat bagi sesebuah bot.

 

  • Bayaran deposit hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank / Kiriman Wang/

 

Wang Posdi atas nama Pengurus Besar KETENGAH.          

 

  1. Tawaran tanpa/kurang deposit sebutharga tidak akan dipertimbangkan.

 

  1. Semua bot adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as is where is basis).

 

  1. Penyebut harga yang berjaya hendaklah membayar amaun penuh harga tawarannya dalam masa satu (1) minggudari tarikh surat tawaran.

 

  • Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh satu (1) minggu, KETENGAH berhak membatalkan tawaran berkenaan dengan apa-apa cara. Wang Amanah (Deposit) tidak akan dikembalikan kepada penyebut harga yang berjaya sekiranya penyebut harga tersebut tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.

 

  • Penyebut harga yang berjaya dikehendaki mengambil dan mengeluarkan bot tersebut dalam masa satu (1) mingguselepas bayaran penuh dibuat

 

  1. Jika tidak, KETENGAH berhak untuk melupuskannya semula dan bayaran yang telah dibuat akan dilucuthak. Segala bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum bot tersebut boleh dikeluarkan daripada premis KETENGAH.

 

  1. Semua perbelanjaan bagi mengangkut dan mengeluarkan bot adalah ditanggung oleh pembeli sendiri

 

  1. Bagi penyebut harga yang menyertai tawaran tetapi tidak berjaya, deposit akan dikembalikan setelah keputusan sebutharga diperoleh dan penyebut harga yang berjaya membayar sepenuhnya harga jualan bot tersebut.

 

  1. Tawaran ini ditutup pada 10 Januari 2019 (Khamis)  jam 12.00 tengahari.  Tawaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSAMA MEMBANGUN”

 

Adalah saya yang menjalankan amanah

 

 

(ABDUL HALIM BIN YUSOF)

Pengurus Kewangan dan Perakaunan

b.p Pengurus besar

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

 

Tarikh  : 27 Disember 2018

 

s.k.       Jurutera Daerah JKR Kuala Terengganu

Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Kuala Terengganu

Jurutera Daerah JKR Hulu Terengganu

Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Hulu Terengganu

Jurutera Daerah JKR Marang

Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Marang

Jurutera Daerah JKR Dungun

Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Dungun

Jurutera Daerah JKR Kemaman

Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Kemaman

Papan Kenyataan KETENGAH Bandar AMBS

Papan Kenyataan KETENGAH Bandar Bukit Besi

Papan Kenyataan KETENGAH Bandar Ketengah Jaya

Papan Kenyataan KETENGAH Bandar Seri Bandi

Papan Kenyataan KETENGAH Bandar Ceneh Baharu

Papan Kenyataan KETENGAH Tasik Kenyir

 

KEW-PA. 28 BORANG PERMOHONAN

Majlis Budi Disanjung Kasih Dijunjung
GUNTING RAMBUT PELAJAR SEKOLAH, KETENGAH 2018 DAN FREE MARKET

Artikel Lain