Pencetus Ummah Penggerak Masyarakat

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Yayasan Islam Terengganu (YIT) mengambil inisiatif dalam melahirkan penggerak setiap kampung dalam menghadapi masyarakat yang pelbagai ragam dan pelbagai pandangan dengan mengadakan Kursus Penggerak Ummah (Wanita) Wilayah KETENGAH 2015. Merupakan kesinambungan Program Imam Muda yang diadakan pada tahun 2014 yang lalu, program kali ini mensasarkan peserta wanita sebagai pencetus yang akan menggerakkan masyarakat dengan pelbagai kegiatan sosial dan keagamaan dan seterusnya bertindak sebagai Dai’e Ummah dalam meningkatkan nilai diri insan. Bertujuan membimbing peserta supaya kenal dan sedar hubungan dengan Allah, membimbing peserta supaya dapat mengaplikasikan prinsip tauhid dalam kehidupan serta membina keyakinan diri dalam memajukan potensi diri, kursus selama 3 hari 2 malam ini telah berlangsung pada 7 hingga 9 Mei 2015 bertempat di RTC Terengganu melibatkan 43 orang peserta wanita yang terdiri daripada guru-guru KAFA DUN Bukit Besi dan 4 orang kakitangan KETENGAH. Penampilan penceramah yang berpengalaman iaitu Profesor Madya Dr. Hasnan Kasan dan Ustaz Kamaruddin Omar serta Ustaz Fakhrul Anuar Zulkawi , nyata menarik minat peserta untuk bersama-sama merealisasikan hasrat KETENGAH dalam melahirkan ummah yang berilmu dan berjasa kepada masyarakat. Antara pengisian kursus adalah Isu-Isu Kekeluargaan dan Masyarakat, Penghayatan dan Bacaan Dalam Solat serta aktiviti berkumpulan. Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zain bin Mohd Amin, Pengurus Pembangunan Insan dan Pendidikan telah merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil kepada peserta. Hadir sama ke majlis penutup ialah Ustaz Halim Mamat dari Yayasan Islam Terengganu.

placeholder
KETENGAH Naib Johan
placeholder
Pengurusan Tertinggi KETENGAH memantau projek di Tasik Kenyir

Artikel Lain