Pendapatan penduduk dipertingkat

Bagi memperkasakan ekonomi penduduk kampung, pihak kerajaan melalui KETENGAH sentiasa memikirkan cara atau kaedah terbaik bagi mempertingkatkan dan mempelbagaikan lagi sumber pendapatan penduduk. Sehubungan dengan itu, satu Program Santai Bersama Timbalan Pengerusi KETENGAH, Menuai Ikan Air Tawar telah dijalankan pada 27 Februari 2018 bertempat di kolam ikan Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun. Pihak KETENGAH telah membelanjakan kira-kira RM110,000.00 yang melibatkan penggalian semula kolam, bantuan makanan dan juga benih ikan. Pihak KETENGAH akan berusaha menjadikan kawasan Hulu Dungun ini sebagai hab pengeluaran makanan berasaskan ikan. Projek ini digabungjalin bersama Jabatan Parit dan Saliran (sumber air), khidmat nasihat dan teknikal daripada Jabatan Perikanan.

Dalam ucapan YBhg. Dato Din bin Adam “Pihak kerajaan sentiasa dan tidak pernah putus-putus menghulurkan bantuan kepada penduduk bagi membawa masyarakat maju kehadapan”.

Seramai 22 orang peserta yang mengusahakan 22 buah kolam di kampung ini telah mendapat manfaat. “Alhamdulillah, dengan adanya projek ini telah meningkatkan pendapatan saya sebanyak RM400 sebulan, terima kasih Dato’ Din dan KETENGAH” Kata salah seorang peserta Ahmad Madzar bin Awang Teh.

Hadir sama pada majlis tersebut YBhg. Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (operasi ) KETENGAH, pengurus-pengurus bahagian KETENGAH dan penduduk setempat.

placeholder
Kecaknaan KETENGAH
placeholder
Hari Keluarga 3K disambut meriah

Artikel Lain