Penduduk Wilayah KETENGAH Sentiasa Mendapat Perhatian Kerajaan

Program baik pulih rumah yang merupakan salah satu program PPRT di bawah KKLW, bertujuan membantu peserta yang telah mempunyai rumah masih ekonomik untuk dibaiki. Satu majlis pelancaran program baik pulih rumah telah dilaksanakan pada 28 Mac 2018 bertempat di Kampung Rantau Panjang.

Seramai 71 orang penerima dari 17 buah kampung dalam wilayah telah menerima surat tawaran bagi menerima bantuan di bawah program baik pulih ini. Dalam majlis yang sama, seramai 23 orang kontraktor yang terpilih melalui proses pengundian turut menerima surat pelantikan masing-masing bagi menyiapkan projek baik pulih ini dari Yang Berbahagia Dato’ Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH. Disamping itu, beliau turut menyerahkan kunci rumah kepada lima orang penerima bantuan Rumah Bina Negara di bawah program PPRT ini.

Jualan Sentuhan Rakyat
placeholder
Tiada Pengumuman

Artikel Lain