PENERAPAN BUDAYA BERSUKAN DI KALANGAN WARGA KETENGAH

KETENGAH telah mengadakan program bersukan kepada warga KETENGAH pada 5 Januari 2020 bertempat di Kompleks Sukan Bandar Al Muktafi Billah Shah Terengganu. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecerdasan mental dan kecergasan fizikal warga KETENGAH. Kecergasan fizikal dan mental yang mantap menjadikan pegawai dan kakitangan bersedia menghadapi cabaran-cabaran kerja dan amanah yang dipikul secara menyeluruh dalam memajukan wilayah KETENGAH. Antara aktiviti sukan yang dilaksanakan adalah zumba, ping pong, badminton, petanque, memanah dan futsal.
Turut hadir memeriahkan program adalah YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Encik Zainuddin Hj. Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Tuan Haji Mahdi Amin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Ketengah Holding Sdn. Bhd. dan pengurus-pengurus bahagian.
Program ini akan dilaksanakan secara berterusan setiap dua kali sebulan pada setiap hari Ahad minggu pertama dan ketiga. Sambutan program pada kali ini amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 200 orang terdiri daripada warga KETENGAH, Ketengah Holding Sdn. Bhd. dan penduduk sekitar.

Perutusan Pengerusi KETENGAH 2020
Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali 1/2020

Artikel Lain