Penghargaan Kepada Pelajar Cemerlang SPM dan STPM Tahun 2020

14 Julai 2021- Marang, Terengganu.

Disebalik kejayaan seorang pelajar, sudah tentunya hadir di atas pengorbanan dan kerja kuat ibu bapa dan para guru serta pentadbir sekolah dalam memastikan kecemerlangan mereka.

Bertempat di PPD Marang, YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH bersama-sama YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM dan STPM tahun 2020.

YB Senator Datuk Razali bin Idris, berkata

“KETENGAH selaku agensi kerajaan persekutuan yang beroperasi di Negeri Terengganu sentiasa berusaha mengambil cakna akan kebajikan rakyat di dalam dan di luar Wilayah KETENGAH selaras dengan usaha sebagai Kerajaan Prihatin Rakyat.

Melalui usaha yang berterusan ini diharap dapat membantu dan meringankan lagi bebanan rakyat yang berada dalam kesusahan menghadapi wabak Covid-19 ini.

Sekali lagi saya mewakili seluruh Pengurusan KETENGAH ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar, ibu bapa, pentadbir sekolah, para guru dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan kecemerlangan anak – anak ini.”

Tahniah kepada semua pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM tahun 2020 dan teruskan kecemerlangan anda dimasa hadapan.

Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Kediaman
JASAMU DIKENANG

Artikel Lain