Pengurus Besar KETENGAH Menyantuni Pesara-Pesara dan Memberikan Sumbangan

Pada 28 Mei 2023, Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa meluangkan masa meyantuni pesara-pesara KETENGAH yang kurang sihat dan menyampaikan sedikit sumbangan. 

Mereka yang dimaksudkan ialah Tuan Haji Ngah Abdul Rahman, Tuan Haji Wan Mansor Wan Mahmud dan Tuan Haji Jusoh Mat Adam. Manakala sumbangan kepada Tuan Haji Mat Ismail dan Tuan Haji Hashim Osman pula telah disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad.

Meskipun mereka telah meninggalkan perkhidmatan sebagai penjawat awam di KETENGAH, jasa dan pengorbanan mereka tetap dalam ingatan. Kami warga KETENGAH mendoakan agar diberikan kesembuhan dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.

KETENGAH terima kunjungan hormat Ketua Pengarah Kastam Malaysia
Program Suri Impian(SURIA) Wilayah KETENGAH Tahun 2023

Artikel Lain