Pengurusan KETENGAH kunjung hormat ke MAIDAM

Pengurusan KETENGAH diketuai YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa telah membuat kunjung hormat ke pejabat Yang Dipertua Majlis Agama Islam & Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Kunjung hormat ini bertujuan bagi merealisasikan hasrat agar program-program untuk masyarakat dalam wilayah terutama dalam aspek pendidikan dan kesihatan penduduk dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.

Kunjung hormat ini telah diisi dengan perbincangan bersama yang telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Shaikh Haron Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM.

Seminar Dropship and Agent
Inovasi Terkini dari Pasukan KETENGAH di Konvensyen Horizon Baharu KIK 2023

Artikel Lain