logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 Peringkat Negeri Terengganu

Malaysia Madani, Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

KETENGAH turut menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 Peringkat Negeri Terengganu dengan kekuatan kontinjen seramai 35 orang. Kontinjen ini mengenakan pakaian korporat berwarna hitam dengan logo 50 kuning keemasan melambangkan tugas dan peranan KETENGAH membangunkan kawasan desa telah mencapai usia 50 tahun.

Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Sambutan Hari Kebangsaan dan Perarakan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 Peringkat Negeri Terengganu.

Turut mengiringi baginda, Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Seri Utama Daulat Raja, Tengku Fatimatuz Zahra.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri To’ Puan Seri Faezah Tuan Abd Rahman serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.

Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa hadir sama memberikan tabik hormat dan sebelum itu meraikan peserta dalam satu majlis makan malam bersama pengurusan KETENGAH.