Perkongsian Bersama, Tingkatkan Kecekapan

Pada 21 Mac 2018, seramai 14 orang wakil dari Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) telah mengadakan lawatan ke Tasik Kenyir. Rombongan tersebut telah diketuai oleh YBhg Tuan Haji Samsudin bin Hassan, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA.

Objektif utama lawatan adalah bagi menggalakkan perkongsian pintar di antara agensi-agensi Kerajaan sebagaimana saranan Kementerian dan MAMPU dalam meningkatkan prestasi sistem penyampaian Kerajaan secara menyeluruh.

Diharapkan dengan perkongsian sistem pada hari ini dapat memberi sedikit sebanyak input dan idea yang boleh dikongsikan bersama antara KEJORA dan KETENGAH. Hadir sama pada lawatan tersebut YBhg Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH dan Encik Che Wan Ahmad bin Wan Embong, Pengurus Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KETENGAH.

Pengetahuan Kakitangan Dipertingkatkan
Jualan Sentuhan Rakyat

Artikel Lain

Menu
Font Resize
Contrast