logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

Pertandingan Beca Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu

Alhamdulillah, KETENGAH telah memenangi tempat kelima dalam Pertandingan Beca Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-62 Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.

Acara yang berlangsung penuh gilang-gemilang dan memukau, dihadiri oleh ribuan pengunjung bertempat di Dataran Jambatan Angkat, Kuala Terengganu.

Konsep Beca Berhias KETENGAH menampilkan produk-produk pelancongan desa di Wilayah KETENGAH dengan penampilan utama Rumah Jambi yang terletak di Kampung Pasir Gajah, Kemaman. Beca berhias ini juga mengetengahkan 3 produk pelancongan lain iaitu Kelab Golf, Bukit Besi, Tasik Puteri dan Air Terjun Cemerung.

Selain itu juga, dipaparkan peranan KETENGAH dalam membantu masyarakat wilayahnya dalam pengeluaran hasil pertanian dan penternakan melalui Program Keterjaminan Makanan (Food Security). KETENGAH membantu golongan petani dan penternak dalam wilayah melalui bantuan input dan infrastruktur pertanian & penternakan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah bertungkus-lumus menyiapkan Beca Berhias dan jasa serta usaha anda semua amatlah dihargai.

TAHNIAH.