Program Anyaman Mengkuang

Bagi memastikan warisan seni anyaman berasaskan mengkuang terus kekal, Bahagian Ekonomi dan Usahawan KETENGAH memulakan langkah mengadakan sesi perjumpaan bersama calon peserta Program Anyaman Mengkuang.
Sesi perjumpaan dipengerusikan oleh En. Zainuddin Haji Md. Zaki TPB(P) KETENGAH. Turut hadir Pn. Rosliza Mukhtar, wakil Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Terengganu dan Pn. Jalila Abdul Ghani (Usahawan Bimbingan Kraftangan Malaysia) Cawangan Negeri Terengganu.
Perjumpaan ini membentuk kerjasama antara KETENGAH, Kraftangan Malaysia dan peserta ke arah melestarikan industri anyaman mengkuang agar terus kekal menjadi warisan terunggul dalam Wilayah KETENGAH.
Semoga usaha memperkasakan usahawan bimbingan KETENGAH melalui program sebegini dapat diteruskan dalam merealisasikan matlamat untuk menjadi usahawan jutawan.
Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Kawasan Pelancongan Wilayah KETENGAH
Hari Integriti dan Psikologi KETENGAH 2022

Artikel Lain