Hari Integriti dan Psikologi KETENGAH 2022

6 November 2022-Al Muktafi Billah Shah, Dungun.
Hari Integriti dan Psikologi KETENGAH 2022 telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa bertempat di Ibu Pejabat KETENGAH. Program yang dianjurkan bersama AKRAB KETENGAH dimulakan dengan sesi Bicara Psikologi “Kenal Potensi Diri” oleh Pegawai Psikologi, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Encik Mohd Shahlan Sidi Ahmad. Majlis diteruskan dengan acara perasmian dan penyerahan sijil penghargaan kepada NGO KETENGAH serta penyampaian hadiah Pertandingan Video Pendek Integriti.
Pengurus Besar KETENGAH berkata ” Integriti merupakan aspek yang sangat penting dalam kita menjalani kehidupan seharian. Isu integriti bukan hanya memfokuskan kepada isu-isu rasuah sahaja, malah merupakan satu konsep yang lebih besar”. Beliau menambah “Saya juga menyeru kepada warga KETENGAH untuk melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh berintegriti demi agama, negara dan bangsa tercinta”.
Pemenang tempat pertama Pertandingan Video Pendek Integriti diraih oleh kumpulan Layan Jer dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM500.
Bicara Integriti sesi kedua diteruskan oleh Penganalisis Jenayah terkenal tanah air iaitu Encik Kamal Affandi Hashim dengan membawakan tajuk “Cuba-cuba Membawa Padah”.
Program Anyaman Mengkuang
Projek Pencahayaan di Kawasan Tarikan Tasik Kenyir

Artikel Lain