Program Eratkan Jalinan Raikan Kemenangan

Kompleks Sukan Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun-1 Oktober 2022
Dalam meningkatkan semangat kesukanan, gaya hidup sihat, gaya berfikir, potensi diri dan bermasyarakat dalam kalangan pelatih, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Al Muktafi Billah Shah dengan kerjasama KETENGAH telah menganjurkan Program Eratkan Jalinan Raikan Kemenangan. Antara PPDK yang terlibat ialah PPDK Kerteh 2, PPDK Kerteh 4, PPDK Bukit Merah dan PPDK Paka. Melalui program sebegini, pelatih yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat di samping memupuk sifat kerjasama dan saling bertanggungjawab.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Zainuddin Haji Md. Zaki
Program Kampungku Mahir Tahun 2022.
Program Belia Keluarga Malaysia-KETENGAH Cakna Kampung

Artikel Lain