Program Kampungku Mahir Tahun 2022.

30 September hingga 1 Oktober 2022.
GIATMARA dengan kerjasama KETENGAH telah menganjurkan Program Kampungku Mahir Tahun 2022. Program ini bertujuan merapatkan dan memupuk jalinan kebersamaan antara masyarakat dengan KETENGAH dan agensi kerajaan dalam Wilayah. Di samping itu, dapat memperkukuhkan jalinan kerjasama antara badan bukan kerajaan bersama-sama memacu pembangunan masyarakat luar bandar ke arah tautan Keluarga Malaysia. Sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan juga menjadi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) KETENGAH dan GIATMARA. Antara kampung yang terpilih dalam menjayakan program ini adalah Kampung Dendang, Shukur dan Padang Pulut. Pengisian program seperti pendawaian elektrik, gunting rambut dan servis motosikal secara percuma. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi GIATMARA Malaysia, YBhg. Dato’ Din Adam. Hadir sama Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.
Karnival Kesihatan Komuniti Keluarga Malaysia
Program Eratkan Jalinan Raikan Kemenangan

Artikel Lain