Program Jelajah Ilmuan “Ride to Kenyir”

13 November 2021-Tasik Kenyir Terengganu.

Program Jelajah Ilmuan “Ride to Kenyir” anjuran Unit Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu (UBSNT) telah diadakan pada hari ini bermula di Masjid Padang Mengkuang, Marang menuju ke Tasik Kenyir serta singah ke 3 buah Maahad Tahfiz terpilih.

Jelajah tersebut diketuai oleh YB. Datuk Ahmad Amzad bin Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI). Peserta program adalah terdiri daripada individu yang telah lengkap menerima vaksinasi.

Konvoi yang tiba di Tasik Kenyir disambut oleh YM. Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Peserta konvoi sempat bergambar di ikon terbaru Tasik Kenyir iaitu Jambatan Ikonik Tasik Kenyir sebagai tanda kenangan disamping mempromosikan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang terkemuka di negeri Terengganu.

Datuk Ahmad Amzad bin Hashim bersama beberapa tetamu jemputan lain termasuk YB. Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu turut dibawa ke Taman Herba, Tasik Kenyir untuk melihat potensi produk herba sebagai produk pelancongan unik di Tasik Kenyir. Tetamu jemputan juga dipelawa untuk mencuba inovasi terbaharu Taman Herba Tasik Kenyir iaitu Kopi Tongkat Ali.

Majlis Penyerahan Projek Ecotourism Tasik Kenyir
Penutupan Operasi Santuari Kelah Sungai Petang, Tasik Kenyir bermula 11 November 2021 hingga 28 Februari 2022

Artikel Lain