Program Keluarga Malaysia Kampung PROSPEK Wilayah KETENGAH

27 Ogos 2022- Hulu Dungun, Terengganu.
Program Keluarga Malaysia Kampung PROSPEK Wilayah KETENGAH telah dirasmikan sebentar tadi oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH yang mewakili YB Dato’ Seri (Dr) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH.
Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) merupakan projek di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang memfokuskan perkampungan sedia ada dalam membangunkan ekonomi, insfastruktur dan modal insan. Komponen PROSPEK di KETENGAH ialah ternakan, ekonomi, perumahan, prasarana asas, pelancongan dan modal insan. Kampung yang terbabit ialah Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor, Kampung Jongok Batu, Kampung Kuala Jengal, Kampung Minda dan Kampung Talong yang telah memberi manfaat kepada seramai 3,018 orang penduduk.
Penyampaian bantuan premis perniagaan (IKS) dengan peruntukan berjumlah RM150,000 kepada 30 orang penerima (RM5,000 seorang) dan seramai 7 orang penduduk telah menerima kunci rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan sebanyak RM392,000.
Bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Negara sempena Bulan Kebangsaan, KETENGAH turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada barisan kepimpinan masyarakat dan agensi-agensi kerajaan.
Pertandingan memasak bubur Asyura turut dijalankan dan pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Kampung Rantau Panjang yang membawa pulang hadiah bernilai RM400.
YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa juga telah menyampaikan bantuan kepada penduduk yang sakit melarat dan golongan orang kelainan upaya (OKU) dan melepaskan benih ikan Tilapia di tapak projek ternakan ikan air tawar Kampung Pasir Raja.
Hadir sama pada Majlis berkenaan ialah Yang Berusaha Encik Tarmizi bin Ab. Rahman, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Tanah dan Wilayah, KPLB.
Majlis Sesi Penyerahan Projek Ladang Buah Berskala Besar (EPP 7)
KETENGAH bantu mangsa kebakaran

Artikel Lain