KETENGAH bantu mangsa kebakaran

30 Ogos 2022, Bandar Seri Bandi, Kemaman.
YB Dato’ Seri (Dr) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH telah menyerahkan sumbangan segera kepada mangsa kebakaran rumah Encik Mazlan bin Yusof bertempat di Bandar Seri Bandi, Kemaman. Kebakaran tersebut telah memusnahkan keseluruhan rumah yang didiami oleh 4 sekeluarga pada 29 Ogos 2022 kira-kira jam 8.30 malam.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Bomba dan Penyelamat.
Hadir sama Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.
Program Keluarga Malaysia Kampung PROSPEK Wilayah KETENGAH
Pertandingan Perbarisan dan Perarakan Sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu

Artikel Lain