Program Kem BALAS

19 Januari 2020 : Telah berakhir Program Kem BALAS ‘Buat Apa Lepas SPM’ anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Yayasan Suara Wanita (YASNITA), PTPTN dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang bertempat di Kolej KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Program yang bermula pada 17 hingga 19 Januari 2020 ini disertai oleh seramai 160 pelajar lepasan SPM di seluruh Wilayah KETENGAH. Objektif program ini adalah, untuk memberi suntikan inspirasi, dan membantu peserta, membina wawasan diri yang kukuh, dalam pendidikan dan kerjaya.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Zulkifli Mohamad, Pengerusi KETENGAH. Turut hadir Encik Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN, YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KETENGAH Holding, Encik Zainuddin Md Zaki, Pengerusi Kolej KETENGAH dan Encik Emisham Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej KETENGAH.

Program Hari Bertemu Pelanggan.
Ceramah Motivasi Serlah Potensi Diri

Artikel Lain