Program Ketengah Ambik Cakne Sumbangan Back To School

Program Ketengah Ambik Cakne Sumbangan Back To School diteruskan lagi hari ini bertempat di Dewan Orang Ramai Bandar Ceneh Baharu, Kemaman yang telah disempurnakan oleh YB Tuan Che Alias bin Hamid, Ahli Parlimen Kemaman.

Seramai 160 orang pelajar dari SMK Cerul, SMK Felda Neram dan SK Felda Cerul diwakili oleh ibu bapa masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM100 bagi sekolah rendah dan RM150 sekolah menengah. Hadir sama pada program ini YB Haji Abdul Razak bin Ibrahim, ADUN Air Putih, YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah, YBhg. Encik Mohamad Arif bin Arifin, Ahli Jemaah Lembaga Ketengah dan YBhg. Encik Mahzan Hamzah, Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman.

Program Pelepasan Sejuta Benih Ikan di Tasik Kenyir
Program Kunjungan Balas Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)

Artikel Lain