Program Konvoi Belia Keluarga Malaysia – Santai Anak KETENGAH 2022

18 November 2022 – Bukit Besi Dungun.
Program Konvoi Belia Keluarga Malaysia – Santai Anak KETENGAH 2022 yang melibatkan hampir 400 orang peserta yang terdiri daripada belia – belia dalam Wilayah KETENGAH. Konvoi bermula dari dua lokasi iaitu Bandar Ketengah Jaya dan dari Kampung Serdang seawal jam 9.00 pagi dan berakhir di Muzium Bukit Besi. Konvoi yang terdiri daripada peserta bermotor dan kenderaan 4×4 ini melalui beberapa kampung tradisi dalam Wilayah KETENGAH antaranya Kampung Serdang, Kampung Padang Pulut, Kampung Bukit Merah dan Kampung Bukit Besi.
Peserta telah berkumpul di Muzium Bukit Besi, dan dibawa melawat muzium serta mengikuti taklimat berkenaan kursus dan latihan oleh pihak GiatMARA. Program berakhir dengan acara cabutan bertuah berupa barangan motosikal.
Program dan aktiviti belia seperti ini merupakan sebahagian program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh KETENGAH dalam usaha mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang sedia terjalin antara agensi dan pertubuhan belia setempat.
Semangat kerjasama dan kemuafakatan dalam setiap acara yang dijalankan mencerminkan kemesraan antara pihak KETENGAH dan para pemimpin belia yang terlibat. Program hari ini adalah anjuran pihak KETENGAH dengan kerjasama GiatMARA, Majlis Belia Daerah Dungun dan Majlis Belia Felda Wilayah Terengganu.
Majlis Apresiasi
Kursus Asas Perniagaan, Pelancongan dan Keselamatan di Air

Artikel Lain