Program Memasak Bubur Asyura Wilayah KETENGAH 2016

Program Memasak Bubur Asyura merupakan acara tradisi masyarakat Melayu turun temurun apabila tibanya Bulan Muharram. Program ini merupakan acara tahunan KETENGAH yang dijayakan bersama-sama masyarakat kampung. Sehubungan dengan itu, Kampung Dadong, Kemaman telah dipilih menjadi tuan rumah program ini yang diadakan di perkarangan Masjid Kampung Dadong pada 27 Oktober 2016. Majlis tersebut telah berjaya menghimpunkan seramai 1000 orang yang melibatkan penyertaan dari kampung-kampung dan Agensi Kerajaan DUN Air Putih. Bagi memeriahkan majlis, KETENGAH turut menawarkan hadiah kepada peserta yang memenuhi kriteria seperti aspek kebersihan, keenakan Bubur Asyura dan semangat berpasukan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH. Hadiah tempat pertama telah dimenangi oleh Felda Cerul Satu yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500.00.

YBhg Pengurus Besar KETENGAH turut turun padang melawat mangsa kebakaran dengan menyampaikan bantuan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH kepada Husain bin Che Min. Kebakaran yang dipercayai akibat dari litar pintas telah memusnahkan keseluruhan rumahnya. Bantuan yang disampaikan berupa wang tunai dan hamper makanan. Disamping itu, 5 orang penduduk kampung Dadong yang sakit melarat turut menerima bantuan tersebut.

placeholder
Program Memasak Bubur Asyura KETENGAH
placeholder
Santuari Kelah Permata Tasik Kenyir

Artikel Lain