Program Memasak Bubur Asyura

10 September 2020- Awal Muharram atau Awal Hijriyyah merupakan permulaan tahun baru kalendar Hijriyyah. Bertempat di Masjid Jamek Kampung Jongok Batu, Dataran Pela Kampung Pela, Masjid Ibok, Surau Taman Ehsan, Ketengah Jaya dan Masjid Seberang Tayor sebanyak 45 kawah bubur asyura telah dikacau hasil kesepakatan penduduk kampung dalam wilayah Ketengah. Program ini secara tidak langsung memupuk amalan bersedekah dengan agihan bubur asyura kepada penduduk setempat. Ikatan silaturahim antara Ketengah dengan penduduk dan semangat pemuafakatan juga dapat dieratkan lagi dengan program sebegini YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah telah menyampaikan hadiah dan turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Rantau Panjang, Batu 14 melalui Tabung CSR Ketengah Holding Sdn. Bhd. Hadir sama ke program ialah Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad Timbalan Pengurus Besar (Operasi) dan Encik Zainuddin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).

placeholder
Tawaran Buggy Terpakai Ketengah Tahun 2020
KPLB Komited Lahirkan Usahawan Wanita

Artikel Lain