Program Moh Ngeteh

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dan juga sebagai usaha berterusan dalam memupuk rasa cinta dan sayang kepada Negara Malaysia, KKLW akan menganjurkan program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW.

Penyertaan ini adalah melibatkan semua Bahagian/Unit/Agensi di bawah KKLW. Penganjuran Program Moh Ngeteh Sambutan Hari Kebangsaan @ KKLW ini  adalah bertujuan mencapai objektif seperti berikut :-

  • Memupuk, menyemai serta menyuburkan rasa cinta dan sayang kepada Negara;
  • Menyemai semangat patriotik dalam kalangan warga KKLW dan orang awam agar sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan terdahulu dalam usaha memerdekakan, mempertahankan dan memajukan negaradan
  • Menggalakkan pegawai dan kakitangan Kementerian untuk bersikap lebih kreatif, inovatif dan menyediakan ruang kerja yang menarik.

Program sambutan ini turut disambut serentak di wilayah KETENGAH iaitu bertempat di RTC Terengganu, Kampung Pasir Raja, Bandar Ceneh Baharu, Bandar Seri Bandi, Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Pengkalan Gawi Tasik kenyir dan seluruh Mini RTC di Negeri Terengganu.

Semarak Merdeka
Lawatan kerja Menteri Besar Terengganu ke Tasik Kenyir

Artikel Lain