Program Pelepasan Sejuta Benih Ikan di Tasik Kenyir

Sungai Leban, Tasik Kenyir, 6 Mac 2021- Sebanyak 935,460 pelbagai benih spesies ikan bernilai lebih RM500 ribu telah dilepaskan di Tasik Kenyir pada tahun 2020 dan diteruskan lagi pada tahun ini untuk melengkapkan sejuta benih ikan sempena Program Pelepasan Sejuta Benih Ikan di Tasik Kenyir. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, berkata pelepasan itu bagi meningkatkan stok ikan perikanan darat dan sumber perikanan darat dalam menjamin bekalan makanan berterusan.Katanya, ia juga bagi meningkatkan sosio-ekonomi nelayan darat di sungai dan tasik. Antara benih ikan yang telah dilepaskan adalah kelah, temoleh, sebarau, lampam, baung dan udang galah. Hadir sama Pengerusi Ketengah, YB Senator Datuk Razali idris, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato’ Rozi Mamat, Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali, dan Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Ketengah, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad.

placeholder
Usahawan, penggiat pelancongan Terengganu lega
Program Ketengah Ambik Cakne Sumbangan Back To School

Artikel Lain