Program Penghayatan Kemerdekaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-64 Tahun 2021

Mengibar Jalur Gemilang seharusnya dijadikan budaya kehidupan dalam menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Semangat itu dapat dilihat melalui inisiatif KETENGAH melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan 2021 yang berlangsung di Ibu Pejabat KETENGAH. Kempen dijalankan bagi menyemai semangat patriotisme dengan mengedarkan Jalur Gemilang secara pandu lalu kepada wakil masyarakat. Turut disampaikan telefon pintar kepada yang memerlukan untuk memudahkan anak-anak mengikuti pembelajaran secara atas talian. Sumbangan tersebut disampaikan oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH bersama-sama YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Pada majlis yang lain, KETENGAH turut mengadakan Program Penghayatan Kemerdekaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-64 Tahun 2021 secara maya menerusi platform digital Facebook live dan Youtube live pada 29 September 2021. Program turut diisi dengan wacana kemerdekaan bertajuk Kemerdekaan Ini Milik Siapa oleh YBhg. Dr. Hamdan bin Aziz, UMT.

Penggiat Industri Pelancongan Tasik Kenyir Lengkap 2 Dos Vaksin COVID-19
Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di KETENGAH

Artikel Lain

Menu
Font Resize
Contrast