Program PPEK Tingkatkan Ekonomi Penduduk Kampung

18 Jun 2020 (Khamis) Kampung Seberang Tayur Hulu, Kemaman, Terengganu.

Projek Peningkatan Ekonomi Kampung (PPEK) merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dalam usaha membantu penduduk luar bandar meningkatkan pendapatan keluarga dan seterusnya menambah baik pengurusan ekonomi kampung .YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar Ketengah telah  turun padang meninjau perkembangan projek tanaman jagung yang telah diusahakan serta menuai hasil tanaman berkenaan.  

Tanaman Jagung di Tanjung Romania, Kg. Seberang Tayur Hulu yang berkeluasan 8.9 hektar  penglibatan 24 orang peserta telah diusahakan secara berkelompok.  Antara bentuk bantuan yang disalurkan ialah pembekalan benih, baja, racun, pam air dan pembaikan pagar.

Kunjung Hormat SPRM Terengganu ke KETENGAH
Seramai 86 Orang Pengusaha Pelancongan Tasik Kenyir Dibantu.

Artikel Lain