Program Senamrobik

Penjagaan kesihatan dikalangan pegawai dan kakitangan KETENGAH amat penting dan sentiasa mendapat perhatian daripada pihak Pengurusan KETENGAH. Ini kerana, amanah besar yang dipikul tidak mampu dilaksanakan sekiranya pegawai dan kakitangan bergelut dengan masalah kesihatan. Oleh hal yang demikian KETENGAH telah mengadakan Program Senamrobik yang berlangsung pada 7 September 2015 bertempat di perkarangan parkir Ibu Pejabat KETENGAH. Program ini telah diuruskan oleh PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH dan dihadiri oleh semua pegawai dan Kakitangan KETENGAH, UPPWK dan Ketengah Holding Sdn Bhd. YBhg Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH hadir sama bersenam pada program tersebut. Program ini telah dikendalikan oleh Puan Juhaidah bt Mohamad dari Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

placeholder
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
placeholder
Calon PT3 diberi perhatian

Artikel Lain