logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

PROGRAM SEPAKAT KORBAN KETENGAH SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 1445H/2024M

Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1445H/2024M, KETENGAH telah mengadakan Program Sepakat Korban KETENGAH bertempat di Pekarangan Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.

Sebanyak 7 ekor lembu atau 49 bahagian telah disembelih dengan penyertaan daripada kakitangan dan penduduk setempat. Melalui jumlah tersebut, agihan daging sumbangan telah dapat dikumpul dan telah diagihkan kepada penduduk dengan keutamaan kepada golongan asnaf.

Pengurus Besar KETENGAH, YM Datoโ€™ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa hadir sama dalam program berkenaan dan menyampaikan sumbangan daging korban kepada penduduk.

Kerjasama yang erat antara KETENGAH dengan penduduk melalui program sebegini perlu disemarakkan agar perpaduan yang telah sedia terjalin memberi manfaat besar untuk masa hadapan.

Terima kasih dan penghargaan kepada Jawatankuasa Masjid Sultan Mahmud dan semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan Program Sepakat Korban KETENGAH pada tahun ini.

Semoga segala amalan dan pengorbanan diterima dan diberi ganjaran oleh Allah SWT.