Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) di KETENGAH

Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandarĀ  dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.

Terdapat 3 komponen SPKR utama iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) , Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) dan Program Peningkatan Pendapatan (PPP). Program SPKR ini merupakan satu touch point utama kerajaan yang sentiasa prihatin menjaga kesejahteraan dan mendahulukan kebajikan rakyat.

Dari bulan Januari hingga Ogos 2021 pihak KETENGAH telah melaksanakan program PPP dengan memberi manfaat kepada 7 orang dengan nilai peruntukan sebanyak RM56,700.

Manakala menerusi program PPRT pula, seramai 500 orang penerima telah mendapat manfaat daripada hasil program ini dengan nilai peruntukan sebanyak RM1,475,000. Sebanyak 85 unit rumah telah siap dibina sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2021.

Program Penghayatan Kemerdekaan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-64 Tahun 2021
Sumbangan Insuran Takaful Berkelompok kepada wakil Allahyarhamah Nur Farraheeda binti Ali Khan

Artikel Lain