Pelbagai pendekatan telah dirancang dan dilaksanakan oleh KETENGAH dalam meningkatkan pendapatan keluarga dan menangani kemiskinan masyarakat desa. Program Suri Impian(SURIA) Wilayah KETENGAH Tahun 2023 telah dilaksanakan pada 28 Mei hingga 1 Jun 2023 dengan menyasarkan golongan Suri Rumah dan Ibu Tunggal diberi Latihan Kemahiran Asas Pengurusan Kediaman (Home Management).
Program ini merangkumi latihan dan penempatan peserta Pengurusan Kediaman setelah tamat latihan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Kursus selama 5 hari dijalankan secara fizikal, melibatkan pembelajaran dan latihan secara amali.
Modul Latihan menekankan kepada cara-cara mengemas kediaman dan etika kerja yang berkesan. Lain lain bidang seperti penjagaan kanak kanak dan warga emas juga diselitkan sebagai nilai tambah kepada peserta dalam memenuhi hasrat pelanggan.
Seramai 20 0rang peserta telah berjaya mengikuti kursus ini dan diharapkan dengan program sebegini dapat memberikan pendapatan kepada peserta dalam membantu keluarga mereka serta meningkatkan taraf sosioekonomi.
Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Zainuddin Haji Md. Zaki.