logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

Riang Ria Keluarga KETENGAH bersama NGO

16 Julai 2022-Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun
Kelab Keluarga KETENGAH bersama Puspanita Cawangan Kecil KETENGAH, MBJ Pekerja dan AKRAB KETENGAH telah menganjurkan Riang Ria Keluarga KETENGAH 1/2022 bersama NGO’s Kompleks Sukan Bandar Al Muktafi Billah Shah.
Pelbagai acara menarik telah dijalankan antaranya futsal, bola jaring, pertandingan mewarna bersama keluarga, tendang mini gol, batu seremban, congkak, sepak raga bulatan dan acara sambut kasih. 60 cabutan bertuah telah disediakan untuk ahli kelab. YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH hadir bersama isteri dalam memeriahkan lagi program berkenaan. Semangat kerjasama dan berpasukan inilah yang diperlukan untuk dizahirkan dalam tugasan seharian demi membela nasib masyarakat luar bandar. Di samping itu, hubungan silaturahim dapat dieratkan lagi.