Sambutan Maal Hijrah

Sempena dengan Sambutan Maal Hijrah tahun 1441 Hijrah, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah mengadakan Program Memasak Bubur Asyura dan Program Bicara Kalam Mufti serta Bicara Ilmu. Majlis ini telah diadakan pada 28 September 2019 (sabtu) bersamaan 28 Muharam 1441 Hijrah. ‘Negara Rahmah Ummah Sejahtera’, merupakan tema sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M tahun ini. Ianya membawa mesej kepada usaha menjadikan Malaysia negara maju dan dalam masa yang sama isu perpaduan dan penyatuan masih diberi keutamaan. Ini bertepatan dengan program yang dianjurkan oleh KETENGAH melalui Program Memasak Bubur Asyura di mana semangat perpaduan dan ikatan silaturahim terjalin di antara peserta yang berganding bahu bersama-sama memasak bubur Asyura ini. Sebanyak 42 kawah bubur Asyura telah berjaya dimasak dengan penyertaan dari agensi kerajaan, institusi pendidikan dan juga penduduk tempatan. Hadir sama pada majlis berkenaan, YBhg Dato’ Zulkifli Mohamad, Pengerusi KETENGAH. Manakala Program Bicara Kalam Mufti dan Bicara Ilmu telah diadakan pada sebelah malamnya di semua 5 masjid dalam perbandaran KETENGAH. Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Terengganu YBhg. Dato’ Dr. Haji Zulkiply bin Haji Muda telah menyampaikan ceramahnya bertajuk “Islam Menyemai Ketamadunan Unggul” bertempat di Masjid Sultan Mahmud Bandar Al Muktafi Billah Shah

Berkongsi Pengalaman
placeholder
KETENGAH Ke Arah EKSA

Artikel Lain