logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH Tahun 1443H/2021M.

1 Nov 2021- Tanggal 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

KETENGAH juga mengadakan pelbagai program sebagai tanda cinta dan syukur atas kelahiran insan yang agung. Program kerohanian dan kemasyarakatan seperti bacaan qasidah, selawat berzanji dan perarakan sentiasa diadakan.

Ekoran pandemik COVID-19, sambutan Maulidur Rasul tetap diadakan dengan pendekatan berbeza. 3 siri majlis Bicara llmu diadakan secara maya menggunakan Facebook dan Youtube Live

dan kemuncaknya Program Penghayatan Maulidur Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul Wilayah KETENGAH Tahun 1443H/2021M berlangsung sebentar tadi.

YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH, YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan pengurusan KETENGAH hadir sama dalam menyerikan majlis. Turut menampilkan kumpulan In Team, Saliq Band, Damai Band dan Ustaz Mohd Amirul bin Mohamad.

Salam Maulidur Rasul dari warga KETENGAH,

Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti.