Selamat Hari Raya Aidiladha

Sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan hari perayaan kedua terbesar dan disambut dengan meriah dan penuh kesyukuran. KETENGAH saban tahun mengadakan Majlis Ibadah Korban bersempena hari perayaan Aidiladha. Majlis diadakan di perkarangan Masjid Sultan Mahmud Bandar Al Muktafi Billah Shah. Pada tahun ini sebanyak 14 ekor lembu telah selamat dikorbankan yang turut disertai oleh masyarakat setempat. YBhg Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud juga turut serta dalam majlis ini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan- Timbalan Pengurus Besar KETENGAH dan Pengurus-Pengurus Bahagian serta penduduk di Bandar Al Muktafi Billah Shah. Bersempena dengan itu juga, turut diadakan pertandingan mewarna.

placeholder
Program sehari YBhg Dato� Pengurus Besar di Bandar Seri Bandi
placeholder
Salam Silaturrahim KETENGAH 2015

Artikel Lain