Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Kelab keluarga KETENGAH (Kelab 3K), melalui Biro Kebajikan dan Biro Agama & Pendidikan telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Doa Selamat bagi meraikan tiga orang ahli yang akan menunaikan fardu haji. Mereka yang terlibat ialah Encik Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan, Encik Abdul Halim bin Yusof, Pengurus Kewangan dan Perakaunan bersama  isteri Puan Azwani binti Ariffin. Mereka akan berangkat ke Tanah Suci pada 24 Julai 2019. Hadir sama pada majlis tersebut YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Kami Warga KETENGAH sentiasa mendoakan agar mereka yang diraikan ini mendapat haji yang mabrur dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan ibadah haji.

Encik Abdul Halim bin Yusof menerima sumbangan dari Pengurus Besar KETENGAH
Encik Mahdi Amin bin Ahmad menerima sumbangan dari Pengurus Besar KETENGAH
Acara Sukan Eratkan Hubungan
placeholder
Aturcara Festival Kenyir 2019

Artikel Lain