Simulasi Lawatan ke Pavilion Usahawan KETENGAH dan Muzium Bukit Besi

22 Mac 2023 – Satu sesi Simulasi Lawatan ke Pavilion Usahawan KETENGAH dan Muzium Bukit Besi telah diadakan dengan melibatkan seramai 37 orang pelajar dari Kolej KETENGAH Sdn Bhd dan 4 orang pegawai pengiring.
Di Pavilion Usahawan KETENGAH, para peserta lawatan dapat merasai sendiri pengalaman dengan menyertai aktiviti-aktiviti Do-It-Yourself (DIY) seperti aktiviti menanam dan mengutip cendawan, menanam dan menuai rumput napier, memberi makan ternakan kambing, menuai tanaman Vitato dan mengutip cili fertigasi sendiri.
Seterusnya, peserta dibawa ke ke Muzium Bukit Besi dan peserta berpeluang untuk mengetahui tentang sejarah perlombongan bijih besi yang terdapat di Bukit Besi.
Sesi lawatan tersebut berakhir di Bukit Besi Agro Exotic Farm di mana para peserta berpeluang untuk melihat pelbagai jenis hidupan liar yang dilindungi dan permainan air.
Kempen Kesedaran Kebersihan Alam Sekitar Wilayah KETENGAH
KETENGAH serah Apron secara percuma kepada semua peniaga Bazar Ramadan

Artikel Lain