Sistem K-Cakna Membawa Revolusi Digital Perkhidmatan Bantuan di Wilayah KETENGAH

Seramai 15 kakitangan telah mengikuti Latihan Pengguna dan Pentadbir Sistem Cakna Masyarakat Wilayah KETENGAH (K-Cakna) yang telah diadakan pada 21 dan 22 Mei 2023 bertempat di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi).

Sistem K-Cakna adalah sebuah platform inovatif yang bertujuan untuk mendigitalkan perkhidmatan berkenaan urusan bantuan yang dilaksanakan atau ditawarkan oleh KETENGAH kepada penduduk di dalam Wilayah KETENGAH iaitu permohonan bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK), dan Sokongan Pengukuhan Usahawan Luar Bandar (SPKLB). Sistem ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan permohonan bantuan, menjadikan urusan bantuan lebih sistematik, dan meminimumkan pertindihan agihan bantuan di kawasan tersebut.

Meneroka bidang teknologi dan keupayaan digital dalam perkhidmatan bantuan adalah satu langkah penting untuk terus memperbaharui dan meningkatkan cara membantu penduduk di Wilayah KETENGAH.

Dengan adanya Sistem K-Cakna dan latihan yang diberikan kepada pegawai-pegawai KETENGAH, harapan adalah agar sistem ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat setempat.

Bengkel Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Dungun
KETENGAH terima kunjungan hormat Ketua Pengarah Kastam Malaysia

Artikel Lain