Sukarelawan KETENGAH berganding bahu membersih kediaman penduduk yang terkesan

Seramai 40 orang sukarelawan KETENGAH yang terdiri daripada kakitangan telah berganding bahu membersih kediaman penduduk yang terkesan dengan musibah banjir. Sukarelawan dibahagikan kepada 2 pasukan membersihkan kawasan di Kampung Gunung, Ajil, Hulu Terengganu dan Kampung Rantau Panjang, Dungun Terengganu.

Kecaknaan dan ikatan silaturahim yang telah lama terjalin antara penduduk dengan KETENGAH seakan dirasai bersama apabila ditimpa masalah bencana. Salah seorang penduduk menceritakan “air naik terlalu cepat sehingga tidak sempat menyelamatkan barang-barang ke tempat yang lebih tinggi”. YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH turut turun padang bertanya khabar dan melihat kerosakan yang dialami akibat banjir.

Sidang Media Program Jualan Keluarga Malaysia Pasar Prihatin (PASKET) Wilayah KETENGAH
Pasar Prihatin Wilayah KETENGAH (PASKET) mencatat 7000 pengunjung

Artikel Lain