Pasar Prihatin Wilayah KETENGAH (PASKET) mencatat 7000 pengunjung

Biarpun keadaan cuaca hujan, ini tidak menghadkan kedatangan orang ramai mengunjungi Jualan Keluarga Malaysia Pasar Prihatin Wilayah KETENGAH (PASKET) dengan mencatat 7000 orang pengunjung sepanjang 2 hari penganjuran.

Objektif utama program ini adalah membantu golongan berpendapatan rendah luar bandar bagi mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih murah. Program tersebut dirasmikan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Program ini adalah kerjsama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Terengganu dan inilah semangat Keluarga Malaysia yang merentasi ruang lingkup dan sempadan kementerian demi rakyat terutama penduduk di Wilayah KETENGAH.

Pada majlis perasmian disampaikan juga bantuan kepada 118 usahawan bimbingan KETENGAH yang terjejas akibat COVID-19 dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM335,000.

Sukarelawan KETENGAH berganding bahu membersih kediaman penduduk yang terkesan
KETENGAH bantu mangsa banjir Wilayah KETENGAH

Artikel Lain