logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

SUMBANGAN BENCANA KEBAKARAN RUMAH PENDUDUK KAMPUNG JERANGAU SUNGAI, DUNGUN

Nasib malang menimpa empat beranak yang mendiami sebuah rumah di Kampung Jerangau Sungai, Dungun, Terengganu apabila kediaman mereka hangus dijilat api semalam. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.15 petang dipercayai berpunca dari litar pintas yang turut memusnahkan motosikal milik keluarga berkenaan. Jumlah sebenar kerugian belum dapat dipastikan.

Menurut Puan Midah binti Talib, keadaan api yang begitu marak dengan cepat membantutkan usaha kami menyelamatkan barang-barang berharga. Kami hanya mampu menyelamatkan diri, anak-anak dan cucu sahaja. Kini Puan Midah menumpang teduh dirumah anaknya yang tinggal berdekatan.

KETENGAH sebagai tanda prihatin telah menyalurkan sumbangan kecemasan sebanyak RM2,000 melalui sumber Yayasan KETENGAH sebagai tanggungjawab sosial bagi mengurangkan beban keluarga mangsa.

Pengurus Besar KETENGAH YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, hadir menyampaikan sumbangan. Hadir sama Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial, Encik Faizol bin Ab Aziz, Penyelaras Dun Bukit Besi, Encik Mohd Asri bin Mohamad dan Cikgu Mohd Ridhuan bin Ishak, serta pemimpin setempat.