logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Search
Close this search box.

SUMBANGAN BENCANA RIBUT PENDUDUK BANDAR SERI BANDI

Pada 18 September 2024 (Rabu) telah berlaku kejadian ribut di beberapa kawasan Daerah Kemaman dan telah memberi kesan kerosakan rumah termasuk penduduk dalam wilayah di Perbandaran Seri Bandi Kemaman.

KETENGAH melalui Yayasan KETENGAH telah menyalurkan peruntukan sumbangan bagi meringankan beban penduduk yang terlibat dengan kejadian tersebut terutama dalam pembaikian kerosakan rumah.

YBhg. Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan KETENGAH telah hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terlibat.ย 

Turut hadir Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, pimpinan penduduk serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) kampung-kampung yang terlibat. Semoga sumbangan ini dapat membantu semua mangsa yang terlibat.

Terima kasih Yayasan KETENGAH