Warga Miskin, Sakit Melarat dan OKU dibantu

Pada setiap tahun, KETENGAH sentiasa prihatin akan nasib penduduk yang mendiami Wilayah KETENGAH dengan menghulurkan bantuan kepada golongan miskin, OKU dan sakit melarat melalui Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH. Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH merupakan sebuah tabung yang diwujudkan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik, yang juga hasil daripada sumbangan anak-anak syarikat KETENGAH. Pada 9 julai 2015, seramai 229 penduduk miskin, sakit melarat dan OKU DUN Kijal telah dibantu. ADUN Kijal YB Dato’ Seri Haji Ahmad Bin Said dengan diiringi oleh Dato’ Haji Wan Mat Amin Bin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH telah menyampaikan sumbangan berupa hamper dan wang tunai. Disamping itu, seorang Pakar Perubatan turut menyertai program ini dengan memberikan khidmat kesihatan kepada mereka yang kurang upaya. YB Dato’ Seri Haji Ahmad Bin Said juga menyerahkan bantuan dari pejabat DUN Kijal kepada masyarakat di Bandar Seri Bandi.

placeholder
Lawatan Naziran ICU JPM ke Ketengah pada 25 Jun 2015
placeholder
Majlis Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH DUN Bukit Besi

Artikel Lain