YB Senator Datuk Razali Idris melawat Kolej Ketengah

1 Disember 2020- YB. Senator Datuk Razali Idris, Pengerusi Ketengah telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Kolej Ketengah (KK) Bandar Al Muktafi Billah Shah. Turut hadir sama dalam lawatan tersebut En. Zainuddin bin Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Ketengah dan Pengurusan Ketengah Holding Sdn Bhd. Beliau telah mengadakan pertemuan dengan pengurusan Kolej serta Ahli Lembaga Pengarah dan menyampaikan replika cek penajaan daripada pendidikan Kumpulan Syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd kepada 10 pelajar yang terpilih.

Beliau berkata “Kemudahan pembelajaran di KK yang ditubuhkan sejak 2002 itu agak ketinggalan berbanding kolej lain. Oleh itu, kita perlu sediakan kemudahan yang seiring dengan teknologi terkini”. “Sistem telekomunikasi akan dipertingkatkan sesuai dengan keperluan trend pembelajaran secara maya sekarang”.

Beliau juga menegaskan Kolej Ketengah juga akan menambah enam jurusan lagi seperti Sijil Kemahiran Kimpalan, Kursus Minyak dan Gas serta Sijil Operasi Ladang.
“Ketika ini, ada 450 penuntut dan tahun hadapan, kami mensasarkan sekurang-kurangnya 2,000 penuntut lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendaftar di KK.

“Syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd juga akan menyediakan tajaan pendidikan atau biasiswa kepada penuntut yang layak dan memerlukan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak dan industri dalam memastikan setiap penuntut mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian di KK

Ketengah bantu mangsa banjir
Pelancaran Skuad Ambik Cakne Ketengah

Artikel Lain