Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT) 2022 di Tasik Kenyir

5 Disember 2022-Hulu Terengganu
Penganjuran pertandingan memancing Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT) 2022 di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Tourism Malaysia, KETENGAH dan agensi kerajaan yang lain mampu menjadi tarikan utama pelancongan di Terengganu pada musim tengkujuh.
AMCT 2022 berjaya menghimpunkan 417 peserta tempatan dan luar negara, termasuk Amerika Syarikat 10 peserta, Thailand (7 peserta) Singapura (5 peserta) dan seorang peserta dari Lithuania. Penganjuran acara seperti ini telah memberi banyak manfaat, terutama kepada pengusaha ‘houseboat’, pemandu bot Tasik Kenyir dan juga penduduk kampung yang turut mendapat limpahan ekonomi secara langsung kesan dari kedatangan pengunjung ke Tasik Kenyir.
Program selama empat hari bermula 2 Disember hingga 5 Disember itu turut melibatkan 26 buah ‘houseboat’ dan 232 ‘speedboat’. Pertandingan telah dipecahkan kepada empat kategori iaitu King Of Sebarau, King Of Toman, King Of Special dan Bes Of Barra.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah AMCT 2022 telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Yang Berhormat Ustaz Ariffin Deraman. Hadir sama pada majlis berkenaan Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad. Hadiah King of AMCT 2022 telah dimenangi oleh pasukan Jertih Casting.
Asean Monsoon Casting Tournament (AMCT) 2022 Tasik Kenyir
Bengkel Bajet Pembangunan Rolling Plan (RP4) Tahun 2024, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12)

Artikel Lain