logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan kerja Menteri Besar Terengganu ke Tasik Kenyir

Pada 3 hingga 4 September 2017, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu dan isteri Toh Puan Seri Halina bt Zakaria telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Tasik Kenyir. YAB Dato’ Seri telah meninjau projek-projek pembangunan yang telah dilaksanakan di sini. Turut mengikuti program YB Dato’ Haji Rozi […]

Semarak Merdeka

Program sambutan bulan kemerdekaan dan penyerahan Jalur Gemilang merupakan acara tahunan KETENGAH dalam menyemarakkan semangat cinta akan Negara dan sebagai satu wadah bagi kita memperingati perjuangan pejuang-pejuang terdahulu dalam menabur bakti memperjuangkan kemerdekaan Negara. Pada 30 Ogos 2017, telah berlangsung Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyampaian Input Pertanian Program Peningkatan Pendapatan KETENGAH Tahun 2017, bertempat […]

KELAH TOUR 2017

YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi telah mengadakan lawatan sehari ke Tasik Kenyir. Program yang dinamakan “Kelah Tour 2017” telah dianjurkan oleh pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama KETENGAH. Rombongan yang disertai oleh YBhg Brig. Jen. Datuk Prof. Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussin, Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA dan Ahli Lembaga […]

Kemahiran Ahli PUSPANITA dipelbagaikan

Pada 17 Ogos 2017, seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada ahli PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH telah mengikuti Bengkel Tie & Dye Batik bertempat di ruang legar RTC Terengganu . Puan Hajah Hanisah bt Abdullah, Pengerusi PUSTANITA Cawangan Kecil KETENGAH turut sama-sama menyertai program ini. Bengkel sehari ini telah dikendalikan oleh Puan Sarinah bt Said, […]

Program Jom Bantu Rakyat

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui KETENGAH dalam memperkasa dan meningkatkan pendapatan penduduk khususnya di kawasan luar bandar. Pada 15 Ogos 2017 telah berlangsung satu program Jom Bantu Rakyat Majlis Pelepasan Benih Anak Ikan Talapia dan Pengagihan Input Pertanian bertempat di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu. Pada majlis tersebut YBhg Dato’ Haji Din […]

Kemahiran Belia di Wilayah KETENGAH terus diperkasa.

KETENGAH dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Terengganu telah mengadakan Kursus Kemahiran Asas Seni Simen Ferro Wilayah KETENGAH pada 10 hingga 12 Ogos 2017 bertempat di Kolej KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu. seramai 26 orang peserta dari seluruh wilayah yang berumur antara 20 hingga 45 telah mengikuti kursus ini. Encik Mohd Syukri bin Awang […]