Sukarelawan KETENGAH berganding bahu membersih kediaman penduduk yang terkesan

Seramai 40 orang sukarelawan KETENGAH yang terdiri daripada kakitangan telah berganding bahu membersih kediaman penduduk yang terkesan dengan musibah banjir. Sukarelawan dibahagikan kepada 2 pasukan membersihkan kawasan di Kampung Gunung, Ajil, Hulu Terengganu dan Kampung Rantau Panjang, Dungun Terengganu. Kecaknaan dan ikatan silaturahim yang telah lama terjalin antara penduduk dengan KETENGAH seakan dirasai bersama apabila […]
Sidang Media Program Jualan Keluarga Malaysia Pasar Prihatin (PASKET) Wilayah KETENGAH

3 Mac 2022-Kuala Terengganu. Sebentar tadi telah berlangsung Sidang Media Program Jualan Keluarga Malaysia Pasar Prihatin (PASKET) Wilayah KETENGAH Tahun 2022 oleh YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH. Hadir sama pada sidang media berkenaan YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar […]
Perdana Menteri adakan lawatan singkat ke Pusat Pemindahan Sementara Wilayah KETENGAH

2 Mac 2022-Hulu Terengganu. Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengadakan lawatan singkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampung Batu 23, Kuala Berang hari ini yang diiringi YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Beliau tiba di PPS berkenaan jam 2.15 petang dan meluangkan masa bersama […]
KETENGAH terus membantu

2 Mac 2022-Hulu Terengganu. Sebanyak 500 unit kit bantuan bencana telah diserahkan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Daerah Hulu Terengganu. Sumbangan tersebut diserahkan kepada YB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, ADUN Kijal dan YB Dato’ Rozi bin Mamat, ADUN Telemong merangkap Ahli […]
Pengurus Besar KETENGAH turun padang

28 Februari 2022- Hulu Dungun. YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH menyampaikan Kit Bantuan Bencana kepada mangsa banjir bertempat di Pusat Pemindahan Sementara Kampung Rantau Panjang, Dungun Terengganu. Agihan turut diserahkan kepada mangsa melalui bot iaitu penduduk dari Kampung Minda, Talong dan Tepus.
Mangsa Banjir Terus Dibantu

Berikutan hujan lebat berterusan KETENGAH telah mengaktifkan kembali Bilik Gerakan Bencana KETENGAH secara pentadbiran sejak 25 Februari 2022 untuk menghadapi sebarang kejadian banjir di dalam wilayah pentadbiran KETENGAH. Skuad Ambik Cakne KETENGAH turut bersedia untuk mengagihkan kit bantuan bencana ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Setakat hari ini sebanyak 127 unit kit bantuan bencana yang bernilai […]

