logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Senamrobik

Penjagaan kesihatan dikalangan pegawai dan kakitangan KETENGAH amat penting dan sentiasa mendapat perhatian daripada pihak Pengurusan KETENGAH. Ini kerana, amanah besar yang dipikul tidak mampu dilaksanakan sekiranya pegawai dan kakitangan bergelut dengan masalah kesihatan. Oleh hal yang demikian KETENGAH telah mengadakan Program Senamrobik yang berlangsung pada 7 September 2015 bertempat di perkarangan parkir Ibu Pejabat […]

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

KETENGAH telah turut serta dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu yang bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sehingga ke Dataran Batu Burok. Sambutan ini telah disertai seramai 4250 peserta daripada 147 Kontijen.

KUD Putrajaya Cycling 2015

Bersempena Program Karnival Usahawan Desa 2015 yang diadakan di Presint 3, Putrajaya baru-baru ini, KETENGAH juga turut terlibat dalam acara KUD Putrajaya Cycling 2015 yang disertai oleh para VVIP dan peserta-peserta yang lain.

Tinjauan Projek Oleh SUB KKLW

Dibawah Program Tansformasi Ekonomi Negara (PTE), Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) menggariskan 12 bidang Ekonomi Utama Negara. Dibawah NKEA Pertanian (EPP 7), Kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan pengeluaran buah–buahan dan sayur–sayuran yang berkualiti lebih tinggi dan lebih baik, yang mengikut standard keselamatan pemakanan, dengan itu membolehkan akses kepada pasaran premium di Timur Tengah dan Eropah. Wilayah […]

Kenyir Motocross Merdeka Challenge 2015

Pada 30hb Ogos 2015, YBhg. Dato Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH telah menyempurnakan program Kenyir Motocross Merdeka Challenge 2015 yang telah berlangsung selama 2 hari di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.

Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyerahan Jalur Gemilang

Sempena Hari Kemerdekaan yang kunjung tiba, satu program Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Penyerahan Jalur Gemilang Wilayah Ketengah 2015 telah diadakan pada 23hb Ogos 2015 bertempat di Balai Orang Ramai, Bandar AMBS. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Encik Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu. Setiap tahun, Ketengah tidak […]