Kunjungan Exco Pelancongan
KETENGAH berbesar hati diatas kunjungan YB Dato’ Mohd Jidin bin Shafie EXCO Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu ke Festival Tasik Kenyir 2014. YB Dato yang diiringi oleh Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud telah berkunjung ke Tapak Jualan Terus dari Kilang, Gerai PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH dan melihat kemeriahan Festival dari […]
Pertandingan Dikir Barat Festival Kenyir 2014
Satu Pertandingan Dikir Barat telah diadakan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bersempena Festival Kenyir 2014 dengan kerjasama KETENGAH, Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Terengganu. Sebanyak 8 kumpulan telah menyertai pertandingan ini. Antara penyanyi jemputan yang dijemput ialah Cikgu Sulizi dan Roy (Kapilla).
Kenduri Sekampung
Gotong royong memasak memeriahkan suasana pagi di Kampung. Kenduri Sekampung dan Karnival Perkahwinan merupakan salah satu pengisian acara sepanjang Festival Kenyir 2014 berlangsung. Bermula pada 23 April 2014, penduduk di Kampung Basung bergotong royong memasak dan membuat persiapan bagi tiga pasang pengantin yang akan diraikan sempena Karnival Perkahwinan yang berlangsung pada 24 April 2014. Kerjasama […]
Pertandingan Memancing
Satu Pertandingan Memancing telah diadakan pada 25 Mei 2014 di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir anjuran oleh Kelab Keluarga Ketengah. Seramai 90 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut yang terdiri daripada kakitangan Ketengah, UPPWK dan Syarikat Anak Ketengah. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk Alexander Nanta Linggi sempena […]
Majlis APC 2013
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KETENGAH 2013 telah diadakan pada 11 Mei 2014 bertempat di Pentas Utama, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. Turut mengiringi beliau, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Tuan Haji Wan Rahman bin Ahmad dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Tuan […]
Program Budaya Tiga Serumpun
Bersempena Festival Kenyir 2014 yang sedang berlangsung, satu Program Budaya Tiga Serumpun telah diadakan di Pentas Utama, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir pada 10 Mei 2014. Program yang menghimpunkan 3 buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Y.B. Dato Jailani bin Johari merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Turut […]

