logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Festival Kenyir 2014

Pada 4 Mei 2014, satu Majlis Perasmian Festival Kenyir 2014 telah diadakan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB DatoSeri Ahmad bin Said. Turut hadir meraikan ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Y. Bhg. Dato Haji Ahmad Zubir bin Abd Ghani merangkap Ahli Jemaah Lembaga Ketengah selaku wakil KSU, […]

Program Senamrobik

Pada 24 April 2014, KETENGAH telah mengadakan Program Senamrobik dengan kerjasama oleh PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat KETENGAH. Dengan adanya aktiviti sebegini, ianya dapat membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan. Menerusi senamrobik juga, secara tidak langsung akan mengeratkan lagi ikatan ukhuwah sesama kakitangan.

Pra Pelancaran Festival Kenyir 2014

Dalam menghangatkan lagi Festival Kenyir 2014 yang akan berlangsung pada 29 April hingga 29 Mei 2014, satu Majlis Pra Pelancaran festival telah diadakan di Angkasapuri Kuala Lumpur. Majlis ini dijalankan dengan kerjasama daripada Pihak RTM pada 20 April 2014 menerusi Rancangan selamat Pagi 1 Malaysia. Antara segmen yang dipaparkan ialah temuramah bersama YAB Dato’ Seri […]

1 Ukhuwah 1 Misi 1 Organisasi

Pada 17 April 2014, satu Program 1 Ukhwah 1 Misi 1 Organisasi telah diadakan di Balai Orang Ramai (BALORA), Al-Muktafi Billah Shah. Program yang bertemakan Harmoni dan Selesa ini telah disertai oleh semua kakitangan KETENGAH, anak-anak syarikat dan Mini RTC. Program ini adalah salah satu usaha bagi mengeratkan kerjasama KETENGAH dengan NGOs iaitu Kelab 3K, […]

Program Kayuhan Festival Kenyir 2014

Bagi memperhangatkan lagi promosi sempena Festival Kenyir 2014 yang bakal berlangsung bermula 29 April ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama KETENGAH telah menganjurkan Program Kayuhan Festival Kenyir 2014 yang disertai seramai 150 peserta terdiri daripada kakitangan KETENGAH, Kelab Berbasikal seluruh negeri dan wakil agensi jabatan serta institusi pengajian tinggi. Kayuhan sejauh 40 kilometer yang akan berakhir […]

Peserta Pesta Candat Sotong Lawat Tasik Kenyir

Bersempena Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014 yang bermula 11 April 2014, antara salah satu acara menarik yang disajikan kepada mereka ialah lawatan ke Tasik Kenyir yang telah diadakan pada 12 April 2014. Antara negara yang telah menyertai Pesta kali ini ialah Australia, Brunei, China, Jerman, Korea Selatan, Hong Kong, India, Indonesia, Perancis, Sepanyol, Singapura, […]